sklnibong.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sklnibong@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH


[img:nibong.JPG][img:skolah.bmp]
Tanjung Lubok Nibong

Sekolah

 
Sekolah Kebangsaan Lubok Nibong  telah diwujudkan sejak tahun 1963 dan terletak kira-kira 70 KM dari Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Saratok [PPDKS]. Terletak di Tanjung Lubok Nibong. Sebuah sekolah gred B kategori luar bandar. Kalau kita menyingkap sejarahnya maka dapat kita melihat bahawa SK. Lubok Nibong sudah banyak berubah.  Dulu ia dibina daripada bahan-bahan tempatan seperti tiang kayu, atap nipah, dinding kulit kayu dan buluh. Kerja dibuat secara bergotong-royong. Kini bangunan yang ada sudah lebih selesa untuk murid-murid menimba ilmu. Dahulu cuma ada sebuah bangunan dan kini sudah ada dua blok bangunan untuk P& P dan pentadbiran. Empat buah  rumah panjang telah mendapat kemudahan belajar di sini , iaitu Rumah Galing, Rumah Raweng, Rumah Mujah dan Rumah Empah. Mereka terdiri dari kaum Iban. Satu lagi sejarah yang tercatat di sekolah ini ialah pada tahun 1985, SK. Lubok Nibong telah mula mendapat kelas penuh persekolahan iaitu Tahun Satu hingga Tahun Enam. Adalah menjadi harapan agar pada masa akan datang SK. Lubok Nibong akan lebih berjaya dan menonjol dalam semua bidang. CEMERLANG SKLN CEMERLANG.


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: