PELANCARAN PESTA BERAS WANGI LUBOK NIBONG 2008
Pesta tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri (Dr.) George Chan Hon Nam, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak. Beliau ditemani YB Tan Sri Dr. Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri 2 Sarawak, YB Tuan Jelaing Mersat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, YB Datuk Peter Nyaruk Ak Penghulu Enteri, Menteri muda Pertanian dan Urbanisasi Sarawak, YB Wahab Aziz, DUN N33 Kalaka dan YB dari Bukit Saban. Majlis perasmian tersebut berjalan dengan lancar.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta tersebut yang bermula pada 19 Julai 2008 ialah sukaneka di antara beberapa buah sekolah dimana Johan Keseluruhan sukaneka tersebut adalah SK. Haji Bollah Kaba. antara lain aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan karaoke, batak tali, nyumpit dan pertandingan bintang kecil. Terdapat juga jualan hasil-hasil tani seperti beras wangi khasnya Beras Bajong yang dijual dalam harga sekitar RM4 hingga RM5 sekilogram. Gerai-gerai makanan juga ada dibuka kepada para pengunjung.
Dijangka, pesta ini akan dianjurkan setiap tahun dan akan menjadi satu tarikan kepada rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Saratok, khasnya Lubok Nibong bagi menikmati Beras Bajong.